Thursday, October 11, 2007

SEKADAR DI PINGGIRAN

Semasa melanjutkan pengajian di Politeknik Port Dickson, iaitu sekitar 80-an, lagu ‘Sekadar di Pinggiran’ nyanyian Francesca Peter telah memikat hati saya untuk menghayati lagu-lagu melayu. Fran berjaya memukau hati saya dan telah menjadi penyanyi lagu melayu yang pertama saya minati. Lagu Sekadar Di Pinggiran telah menjadi lagu melayu yang pertama saya minati.

Bab kedua lagu Sekadar Di Pinggiran telah disambung oleh bekas presiden Singapore, Lee Kuan Yew yang telah membuat kenyataan bahawa orang-orang cina di Malaysia telah di pinggirkan oleh kerajaan BN. Ada yang marah dengan kenyataan tersebut tetapi ada yang anggap Lee Kuan Yew sebagai heronya. Hakikatnya kenyataan tersebut tetap sepopular lagu ‘Sekadar Di Pinggiran’ nyanyian Fran.Episod seterusnya pula disambung oleh Khairy apabila membuat kenyataan bahawa orang-orang melayu di Pulau Pinang telah dipinggirkan oleh kerajaan BN. Ada yang suka dan ada yang marah dengan kenyataan tersebut. Hakikatnya, kenyataan tersebut sama hebat dengan lagu ‘Sekadar Di Pinggiran’.

Samada rakyat berbangsa Melayu, Cina , India, Kadazan atau yang lain-lain terasa kaum mereka dipinggirkan, mereka harus sedar bahawa mereka telah dipinggirkan oleh parti yang sama iaitu kerajaan Barisan Nasional. Pemimpin UMNO telah melaung-laung untuk memperjuangkan hak-hak orang melayu tetapi segala projek-projek diserah kepada isteri, anak, menantu dan kroni-kroninya. Rakyat jelata habuk pun tak ada. Melayu kaya bertambah kaya, melayu miskin difakirkan. Sejauh manakah keikhlasan pemimpin-pemimpin UMNO untuk memperjuangkan nasib orang-orang melayu? SEKADAR DI PINGGIRAN sahaja. MCA juga terjerit-jerit untuk memperjuangkan nasib orang-orang Cina di Malaysia. Tetapi hakikatnya tetap sama iaitu projek yang disedekah oleh UMNO kepada MCA juga diserah kepada isteri, anak, menantu dan kroni-kroninya. Cina kaya bertambah kaya, cina miskin juga difakirkan. Sejauh manakah keikhlasan MCA untuk memperjuangkan hak-hak orang cina ? SEKADAR DI PINGGIRAN sahaja. MIC……sama saja …………. SEKADAR DI PINGGIRAN sahaja. Wahai saudara-saudari yang saya kasihi sekalian, sejauh manakah kita menikmati hak-hak kita sebagai sebagai rakyat Malaysia yang merdeka? Jawapannya tetap sama iaitu SEKADAR DI PINGGIRAN.

UNTUK RENUNGAN
……bersamamu (barisan nasional), tidakku (rakyat Malaysia) sampai ke puncak sana (cemerlang, gemilang, berbilang)……. Apalah daya…..
Kita selalu DIPINGGIRKAN

Lagu SEKADAR DI PINGGIRAN

No comments: