Friday, October 26, 2007

KEJAYAAN YANG GAGAL


KEJAYAAN YANG GAGAL
Tahniah, Jalur Gemilang telah menawan angkasa lepas. Semua rakyat bangga dengan kejayaan ini. Sayangnya, walaupun kita sudah sampai ke angkasa lepas, tahap pemikiran kita masih berada di atas pokok sahaja. Kemerdekaan negara sudah berusia 50 tahun, kita masih terbelenggu dalam masalah perpaduan yang tak ikhlas. Semua manusia dan syaitan di Malaysia melaung-laungkan perpaduan yang sejati, tetapi apabila ada kepentingan yang bertindih, semua orang akan memperjuangkan kepentingan masing-masing. Jangan cakap tak serupa bikin. Kita harus memperjuangkan nasib mereka yang memerlukannya dengan ikhlas tanpa mengira kaum dan agama, tanpa mengira pangkat dan darjat. Jangan ditipu mereka yang memainkan sentimen perkauman untuk menyamun dan merompak harta rakyat dan negara.

Untuk BN, anda memang berjaya (menipu) . Tetapi untuk rakyat, jika kita masih terperdaya dengan mereka yang memainkan isu perkauman untuk kepentingan diri atau mengaut keuntungan, jika mata kita masih tak nampak dengan terang, telinga kita masih tak dengar dengan jelas, mulut kita masih takut untuk menyuarakan kebenaran, maka kejayaan kita ke angkasa lepas adalah kejayaan yang gagal.


Untuk Renungan:Jangan membantu perompak untuk merompak kita

No comments: