Friday, June 6, 2008

Anjing Galak Babi Berani



Anjing Galak Babi Berani

Kini, semakin ramai rakyat membuat perbandingan antara Pak Lah dan Tun Dr Mahathir. Setelah dikaji secara terperinci, kedua-dua mereka mempunyai lebih banyak persamaan berbanding perbezaan. Antaranya ialah :-



1.Rasuah
Kedua-dua pemimpin ini mempunyai hajat, matlamat dan agenda yang sama iaitu memerangi rasuah. Semasa Tun dipilih sebagai perdana menteri, beliau telah melancarkan kempen Bersih, Cekap & Amanah. Dalam erti lain, ini termasuk memerangi gejala rasuah. Sayang sekali, dari beliau naik pentas hingga turun pentas, gejala rasuah masih berlaku dan tetap berlaku (dulu, kini dan selama-lamanya). Pak lah lebih kurang sama, semasa mengambil-alih kuasa dari Tun, beliau beria-ia untuk melawan rasuah. Tetapi hakikatnya rasuah tetap berlaku hingga sekarang malahan lebih teruk lagi.
2.Kebebasan Bersuara
Kedua-dua pemimpin ini sememangnya menyekat kebebasan bersuara. Tun mengatakan kebebasan bersuara harus dikawal demi menjaga keamanan negara, justeru itu media dikawal dengan ketat sekali. Pak Lah menunjukkan beliau lebih terbuka dalam pengamalan kebebasan bersuara kerana beliau inginkan rakyat memberitahu perkara yang benar kepada beliau. Tetapi, apabila beberapa orang tampil ke depan untuk memberitahu keadaan sebenar yang ramai rakyat hidup kesengsaraan, mereke dihumban ke dalam penjara melalui Akta ISA.
3.Kehidupan Rakyat
Kedua-dua pemimpin ini mempunyai gaya pentadbiran yang sama iaitu rakyat yang miskin menjadi semakin miskin dan kroni yang kaya dimewahkan. Inilah persamaan yang paling ketara antara Pak lah dan Tun iaitu semasa mereka menjadi perdana menteri, ramai rakyat yang hidup dalam kesusahan dan serba kekurangan. Jika anda tanya saya siapakah antara mereka yang lebih kuat, saya berpendapat mereka sama kuat dan sama garang ibarat anjing galah babi berani.

Wednesday, May 28, 2008

Kita Semua Serupa

Di dalam trajedi gempa bumi di Shechuan, China, satu demi satu berita kematian yang menyedihkan diterima, kerosakan harta-benda yang teruk, kehilangan nyawa yang mencecah hampir 70000orang. Ramai yang cedera,hilang tempat tinggal, ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat-handai.Seluruh masyarakat dunia menitiskan air mata kesedihan, Bersimpati penuh belas kasihan. Tanpa mengira sempadan, seluruh masyarakat telah menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi tersebut. Ini kerana Kita Semua Adalah Serupa.

DAP Melaka menyokong penuh ‘Jualan Amal Bantuan Mangsa Shechuan’ di Jalan Hang Kasturi yang akan dijalankan:

Tempat : Jalan Hang Kasturi (berdekatan Kampung Pantai, Melaka)
Tarikh : 31Mei2008(Sabtu)
Masa : 6.30pm-10.30pm
Pertanyaan: En.Koh Sze Choon(019-6264108)

Marilah kita hadir beramai-ramai untuk membantu mereka yang amat memerlukannya. Jualan amal ini akan lebih berjaya jika tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi galakan serta dorongan kepada saudara-mara dan sahabat-handai untuk tampir menjayakan jualan amal ini. Terima kasih.



Sunday, May 18, 2008

Tuesday, February 5, 2008