Friday, September 28, 2007

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Insiden 4Sept2007 masih dalam ingatan dan tetap hangat diperbualkan. Tindakan kejam kerajaan negeri Melaka yang dipimpin Ali telah mengkerahkan lebih dari 2000 orang untuk membunuh dan menghapuskan kesemua ladang penternakan khinzir. Dalam erti kata lain, tindakan kejam ini bertujuan untuk memecahkan periuk nasi penternak-penternak khinzir, syarikat pengangkutan, pembekal makanan babi, pembekal daging. Penjual daging, kedai-kedai, restoran dan banyak lagi. Lebih teruk lagi, tindakan ini telah menidakkan hak-hak penternak untuk hidup di tanahair mereka sendiri .

Jika masalah bau dan pencemaran sungai diberi sebagai alasan (walaupun majoriti sedar bahawa ia adalah alasan yang tidak munasabah), kenapa masalah ini tidak diselesaikan dari sudut bau dan pencemaran? Kandang babi berbau, kandang lembu berbau, reban ayam juga berbau, busuk lagi tahi Ali, busuk lagi hati mereka yang cuba merompak hak-hak rakyat. Hampir kesemua penternak telah memastikan air yang mengalir keluar dari ladang ternakan mereka di bawah B.O.D 50, iaitu B.O.D yang dibenarkan jabatan alam sekitar. Para penternak amat prihatin dan sentiasa memperbaiki apa yang terdaya. Tetapi apakah tindakan kerajaan untuk membantu mereka selain daripada menyusahkan mereka dan selain daripada memungut cukai yang tinggi dari mereka?

Jika didapati Ali sakit, cari punca sakitnya dan bukan bunuh Ali dan sekeluarganya, jika benar masalahnya ialah bau dan pencemaran, cari puncanya dan selesaikannya. Tetapi adakah ini masalah utamanya? Tepuk dada Tanya selera! Wahai syaitan yang bertopengkan manusia, insaflah anda, sembayanglah anda sebelum anda disembayangi.

Tugas kerajaan ialah menjaga keselamat rakyat dan keamanan negara tetapi kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk mengancam selamatan rakyat dan menggugat keamanan negara. Tanggungjawab kerajaan ialah mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan tetapi kerajaan telah merampas dan merompak periuk nasi rakyat. Insiden 4sept diibarat HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.

UNTUK RENUNGAN – HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN TAHI