Friday, June 6, 2008

Anjing Galak Babi Berani



Anjing Galak Babi Berani

Kini, semakin ramai rakyat membuat perbandingan antara Pak Lah dan Tun Dr Mahathir. Setelah dikaji secara terperinci, kedua-dua mereka mempunyai lebih banyak persamaan berbanding perbezaan. Antaranya ialah :-



1.Rasuah
Kedua-dua pemimpin ini mempunyai hajat, matlamat dan agenda yang sama iaitu memerangi rasuah. Semasa Tun dipilih sebagai perdana menteri, beliau telah melancarkan kempen Bersih, Cekap & Amanah. Dalam erti lain, ini termasuk memerangi gejala rasuah. Sayang sekali, dari beliau naik pentas hingga turun pentas, gejala rasuah masih berlaku dan tetap berlaku (dulu, kini dan selama-lamanya). Pak lah lebih kurang sama, semasa mengambil-alih kuasa dari Tun, beliau beria-ia untuk melawan rasuah. Tetapi hakikatnya rasuah tetap berlaku hingga sekarang malahan lebih teruk lagi.
2.Kebebasan Bersuara
Kedua-dua pemimpin ini sememangnya menyekat kebebasan bersuara. Tun mengatakan kebebasan bersuara harus dikawal demi menjaga keamanan negara, justeru itu media dikawal dengan ketat sekali. Pak Lah menunjukkan beliau lebih terbuka dalam pengamalan kebebasan bersuara kerana beliau inginkan rakyat memberitahu perkara yang benar kepada beliau. Tetapi, apabila beberapa orang tampil ke depan untuk memberitahu keadaan sebenar yang ramai rakyat hidup kesengsaraan, mereke dihumban ke dalam penjara melalui Akta ISA.
3.Kehidupan Rakyat
Kedua-dua pemimpin ini mempunyai gaya pentadbiran yang sama iaitu rakyat yang miskin menjadi semakin miskin dan kroni yang kaya dimewahkan. Inilah persamaan yang paling ketara antara Pak lah dan Tun iaitu semasa mereka menjadi perdana menteri, ramai rakyat yang hidup dalam kesusahan dan serba kekurangan. Jika anda tanya saya siapakah antara mereka yang lebih kuat, saya berpendapat mereka sama kuat dan sama garang ibarat anjing galah babi berani.

Wednesday, May 28, 2008

Kita Semua Serupa

Di dalam trajedi gempa bumi di Shechuan, China, satu demi satu berita kematian yang menyedihkan diterima, kerosakan harta-benda yang teruk, kehilangan nyawa yang mencecah hampir 70000orang. Ramai yang cedera,hilang tempat tinggal, ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat-handai.Seluruh masyarakat dunia menitiskan air mata kesedihan, Bersimpati penuh belas kasihan. Tanpa mengira sempadan, seluruh masyarakat telah menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi tersebut. Ini kerana Kita Semua Adalah Serupa.

DAP Melaka menyokong penuh ‘Jualan Amal Bantuan Mangsa Shechuan’ di Jalan Hang Kasturi yang akan dijalankan:

Tempat : Jalan Hang Kasturi (berdekatan Kampung Pantai, Melaka)
Tarikh : 31Mei2008(Sabtu)
Masa : 6.30pm-10.30pm
Pertanyaan: En.Koh Sze Choon(019-6264108)

Marilah kita hadir beramai-ramai untuk membantu mereka yang amat memerlukannya. Jualan amal ini akan lebih berjaya jika tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi galakan serta dorongan kepada saudara-mara dan sahabat-handai untuk tampir menjayakan jualan amal ini. Terima kasih.



Sunday, May 18, 2008

Tuesday, February 5, 2008

Friday, October 26, 2007

KEJAYAAN YANG GAGAL


KEJAYAAN YANG GAGAL
Tahniah, Jalur Gemilang telah menawan angkasa lepas. Semua rakyat bangga dengan kejayaan ini. Sayangnya, walaupun kita sudah sampai ke angkasa lepas, tahap pemikiran kita masih berada di atas pokok sahaja. Kemerdekaan negara sudah berusia 50 tahun, kita masih terbelenggu dalam masalah perpaduan yang tak ikhlas. Semua manusia dan syaitan di Malaysia melaung-laungkan perpaduan yang sejati, tetapi apabila ada kepentingan yang bertindih, semua orang akan memperjuangkan kepentingan masing-masing. Jangan cakap tak serupa bikin. Kita harus memperjuangkan nasib mereka yang memerlukannya dengan ikhlas tanpa mengira kaum dan agama, tanpa mengira pangkat dan darjat. Jangan ditipu mereka yang memainkan sentimen perkauman untuk menyamun dan merompak harta rakyat dan negara.

Untuk BN, anda memang berjaya (menipu) . Tetapi untuk rakyat, jika kita masih terperdaya dengan mereka yang memainkan isu perkauman untuk kepentingan diri atau mengaut keuntungan, jika mata kita masih tak nampak dengan terang, telinga kita masih tak dengar dengan jelas, mulut kita masih takut untuk menyuarakan kebenaran, maka kejayaan kita ke angkasa lepas adalah kejayaan yang gagal.


Untuk Renungan:Jangan membantu perompak untuk merompak kita

Monday, October 22, 2007

ARANG HABIS BESI BINASA, TUKANG HEMBUS PENAT SAHAJA

ARANG HABIS BESI BINASA, TUKANG HEMBUS PENAT SAHAJA
Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izinNya, kapal angkasa Soyuz TMA-11 tiba ke bumi demgan selamatnya. Selamat pulang wira Malaysia Dr. Sheikh Muszaphar shukor Sheikh Mustapha. Tahniah! Tahniah! Dan tahniah!

Ada yang puji dan sudah tentunya ada yang tidak setuju dengan projek ini. Kerajaan telah membuat pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM yang berharga RM3.4 billion untuk menaja Dr. Sheikh ke angkasa lepas. Adakah belanja yang tinggi ini harus disalurkan untuk membantu rakyat yang miskin ? Digunakan untuk menyelesaikan masalah banjir di Malaysia yang tidak pernah diselesaikan? Atau lain-lain masalah yang harus diberi keutamaan untuk diselesaikan? Ada logiknya kerajaan harus mempertimbangkannya dengan serius samada tentang soalan-soalan yang ditimbulkan mahupun soalan-soalan yang sengaja ditenggelamkan.

Hasil ujikaji tentang kesan mikrograviti dan radiasi terhadap sel & mikro, pengkristalan protein,dan penawar HIV harus diumumkan dan faedah atau manfaatnya harus dibentangkan agar rakyat yakin bahawa projek yang berbelanja besar ini tidak sia-sia dan mudah-mudahan projek ini tidak seperti arang habis besi binasa, tukang hembus penat sahaja.


Untuk renungan :
WANG HABIS NEGARA BINASA, WAKIL BN TETAP KAYA-RAYA

Thursday, October 11, 2007

SEKADAR DI PINGGIRAN

Semasa melanjutkan pengajian di Politeknik Port Dickson, iaitu sekitar 80-an, lagu ‘Sekadar di Pinggiran’ nyanyian Francesca Peter telah memikat hati saya untuk menghayati lagu-lagu melayu. Fran berjaya memukau hati saya dan telah menjadi penyanyi lagu melayu yang pertama saya minati. Lagu Sekadar Di Pinggiran telah menjadi lagu melayu yang pertama saya minati.

Bab kedua lagu Sekadar Di Pinggiran telah disambung oleh bekas presiden Singapore, Lee Kuan Yew yang telah membuat kenyataan bahawa orang-orang cina di Malaysia telah di pinggirkan oleh kerajaan BN. Ada yang marah dengan kenyataan tersebut tetapi ada yang anggap Lee Kuan Yew sebagai heronya. Hakikatnya kenyataan tersebut tetap sepopular lagu ‘Sekadar Di Pinggiran’ nyanyian Fran.Episod seterusnya pula disambung oleh Khairy apabila membuat kenyataan bahawa orang-orang melayu di Pulau Pinang telah dipinggirkan oleh kerajaan BN. Ada yang suka dan ada yang marah dengan kenyataan tersebut. Hakikatnya, kenyataan tersebut sama hebat dengan lagu ‘Sekadar Di Pinggiran’.

Samada rakyat berbangsa Melayu, Cina , India, Kadazan atau yang lain-lain terasa kaum mereka dipinggirkan, mereka harus sedar bahawa mereka telah dipinggirkan oleh parti yang sama iaitu kerajaan Barisan Nasional. Pemimpin UMNO telah melaung-laung untuk memperjuangkan hak-hak orang melayu tetapi segala projek-projek diserah kepada isteri, anak, menantu dan kroni-kroninya. Rakyat jelata habuk pun tak ada. Melayu kaya bertambah kaya, melayu miskin difakirkan. Sejauh manakah keikhlasan pemimpin-pemimpin UMNO untuk memperjuangkan nasib orang-orang melayu? SEKADAR DI PINGGIRAN sahaja. MCA juga terjerit-jerit untuk memperjuangkan nasib orang-orang Cina di Malaysia. Tetapi hakikatnya tetap sama iaitu projek yang disedekah oleh UMNO kepada MCA juga diserah kepada isteri, anak, menantu dan kroni-kroninya. Cina kaya bertambah kaya, cina miskin juga difakirkan. Sejauh manakah keikhlasan MCA untuk memperjuangkan hak-hak orang cina ? SEKADAR DI PINGGIRAN sahaja. MIC……sama saja …………. SEKADAR DI PINGGIRAN sahaja. Wahai saudara-saudari yang saya kasihi sekalian, sejauh manakah kita menikmati hak-hak kita sebagai sebagai rakyat Malaysia yang merdeka? Jawapannya tetap sama iaitu SEKADAR DI PINGGIRAN.

UNTUK RENUNGAN
……bersamamu (barisan nasional), tidakku (rakyat Malaysia) sampai ke puncak sana (cemerlang, gemilang, berbilang)……. Apalah daya…..
Kita selalu DIPINGGIRKAN

Lagu SEKADAR DI PINGGIRAN